Tenangkan hatiku,
Pendamkanlah rindu!
Pendamkanlah rindu!
Cerpen Rinduku Ke Syurga merupakan salah satu kompilasi cerpen yang pernah dikeluarkan dalam Berita Harian pada 28 Mei 2010 oleh penulis Md Nizar Parman. Cerita ini berkisahkan tentang seorang kanak-kanak yang mengalami perubahan dalam hidupnya selepas kematian bapanya. Cerpen ini memberi pengajaran bahawa setiap kehidupan dan kematian merupakan takdir yang mesti dilalui oleh semua manusia. Kita juga jangan mudah mempercayai orang yang baru dikenali kerana pada permulaan perkenalan semuanya indah khabar daripada rupa.
Cerpen Rinduku Ke Syurga berkisahkan penderitaan atau penderaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak terhadap perbuatan sikap bapa tirinya selepas kematian bapa kandungnya. Ayah tiri kepada kanak-kanak tersebut sering melakukan penderaan fizikal seperti menumbuk perut anak kecil itu dan melibas tali pinggang ke arah badan anak kecil itu. Namun, setelah anak kecil itu mengadu kepada ibunya berkaitan dengan kelakuan ayah tiri terhadap dirinya ibunya sukar untuk mempercayai kata-kata anak kecil itu. Sikap ibunya yang lebih mempercayai ayah tirinya itu telah membuatkan anak kecil itu mengalami gangguan mental atau emosi sehingga sering berasa takut ketika berada di rumahnya. Melalui penderaan yang dialami, anak kecil itu selalu bermimpi berkaitan dengan ayah kandungnya yang mengajaknya ikut ke tempat yang lebih aman dan damai iaitu, syurga.
Melalui cerpen ini, dapat dilihat penderitaan kanak-kanak kecil ini terhadap keputusan yang dibuat oleh ibunya untuk berkahwin dengan lelaki yang baru sahaja dikenali. Watak kanak-kanak itu merupakan watak utama dalam cerpen ini. anak kecil tersebut merupakan anak kepada sebuah pasangan keluarga bahagia dan bertukar menjadi satu penderitaan hidup selepas bapa kandungnya meninggal dunia. Selain itu, persoalan yang diajukan oleh anak kecil itu kepada ibunya berkaitan dengan kenangan bersama bapanya itu membuatkan ibunya sedikit tersentak apabila ibunya bercadang untuk berkawin dengan lelaki lain. Persoalan anak kecil itu yang sering bermain di mindanya ialah “ibu sudah lupa pada abah?”
Kebahagiaan dalam diri juga penting untuk hidup. Cerpen ini memberikan galakan kepada pembaca untuk jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali dalam menentukan kehidupan yang akan datang. Watak utama iaitu, anak kecik itu memilih untuk tidak ingkar terhadap keputusan ibunya untuk berkahwin dengan lelaki lain sebagai pengganti bapa kandungnya. Walau bagaimanapun, dia masih mempunyai keinginan untuk berada di samping bapa kandungnya yang sentiasa melayan kerenahnya dan berlembut dengan dirinya. Tugas sebagai ibu kepada anak kecilnya adalah kebahagiaan dalam hidup anaknya itu. Namun, penderitaan dan penderaan yang dialami oleh anak kecilnya itu.
Melalui tajuk cerpen ini sudah dapat menginsafkan pembaca. Moraliti cerpen ini agar pembaca perlulah mengambil kira kebahagiaan anak-anak dalam membuat sesuatu keputusan yang besar. Ini kerana kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan kebahagiaan dalam hal rumah tangga. Namun, berlaku sebaliknya dan tidak seperti apa yang diharapkan oleh ibunya untu memberikan kebahagiaan dan perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu. Anak kecil itu pada akhirnya tidak mempunyai banyak masa untuk meneruskan hidup kerana kecederaan fizikal yang dialami adalah sangat teruk.
Selain itu, dimuatkan dengan perbuatan-perbuatan kejam yang dilakukan oleh bapa tirinya terhadap anak kecil itu dari segi penderaan fizikal yang sangat menyedihkan. Hal ini demikian kerana ayah tirinya itu merupakan seorang penagih dadah yang telah mengawal dirinya menjadi seorang yang tidak berhati perut dengan malakukan penderaan hanya untuk duit. Disamping itu, dengan kebodohan ibunya itu juga telah memberikan penderitaan terhadap kanak-kanak itu. Hal ini kerana ibunya lebih mempercayai suami barunya itu berbanding anak kecilnya itu yang belum mengetahui erti menipu pada usia semuda itu.
Cerpen Rinduku Ke Syurga dapat memberi kesedaran bahawa sesuatu perkara itu perlulah mengambil kira kebahagian orang lain dan membuat keputusan dengan baik. Individu perlu mempunyai pengetahuan dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai sejarah kehidupan yang berbaza maka, kita perlulah bijak meranjang perjalanan hidup kita dan keluarga terutama sekali apabila mengalami dugaan dan ujian hidup yang kuat.
SUMBER: BERITA HARIAN (28/5/2010)
TAJUK CERPEN: RINDUKU KE SYURGA
PENULIS: MD NIZAR PARMAN
Perkongsian ulasan yang menarik👍
ReplyDeleteTerima kasih :) teruskan melawat blog kami.
DeleteTerima kasih kerana sudi memberikan ulasan cerpen ini.
ReplyDelete