Thursday, October 12, 2017

Siri Diskusi Buku 2017


Pada 12 Oktober 2017, salah satu aktiviti sastera telah berlangsung di bilik mensyuarat Akademi Pengajian Melayu. Aktiviti sastera tersebut ialah Diskusi Buku yang di sampaikan oleh 2 orang penulis iaitu Pak Sumarlam yang bertajuk Revolusi Mental dalam Budaya Jawa dan Encik Fauzi bin Hasan yang bertajuk Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ?: Dari Perspektif Struktural. Majlis diskusi ini telah dipengerusikan oleh Prof Mokhtar dari Universiti Melaya serta dihadiri sebahagian pensyarah dan pelajar dari Akademi Pengajian Melayu. Diskusi Buku ini telah berlangsung sekitar satu jam setengah. 


Melalui temubual bersama Encik Fauzi bin Hasan, beliau memberitahu bahawa novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ? karya Faizal Tehrani berkisarkan tentang  Perkembangan kesusasteraan iaitu bagaimana perasaan pengarang terhadap pembangunan di Sarawak, kehidupan penduduk peribumi yang terancam (kemiskinan yang dialami oleh masyarakat peribumi). Encik Fauzi turut menekankan bahawa novel ini ditulis bagi memperjuangkan protes pembangunan terhadap masyarakat Penan. Malah, latar novel ini diceritakan dengan jelas dan teliti jadi ianya memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ? Beliau juga turut menegaskan bahawa tema, persoalan, gaya penulisan dan kulit novel tersebut mempengaruhi minat pembaca untuk membeli serta membaca hasil karya penulis. Oleh itu, penulis perlu teliti dalam melalukan penulisan serta pemilihan faktor luaran buku bagi tujuan komersial.

Namun begitu, melalui novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ? penulis hanya melalukan penyelidikan dari jauh berkaitan permasalahan kaum peribumi. Penulis menulis novel ini sewaktu beliau berada di China dan segala permasalahan yang berlaku di Sarawak dan kaum Penan diketahui melalui hasil penyelidikan dan berita-berita yang diperolehi daripada sumber-sumber tertentu. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran pembaca adakah apa yang diceritakan dalam novel tersebut benar-benar berlaku ataupun sekadar ilusi penulis.



Pak Sumarlam turut menceritakan serba sedikit berkaitan novel beliau yang bertajuk Revolusi Mental dalam Budaya Jawa. Novel ini berkaitan revolusi yang berlaku dalam masyarakat Jawa di Indonesia sesuai dengan peredaran masa. Tambahan pula, novel ini menggunakan nilai sastera yang tinggi dalam mengidentifikasikan mental orang Jawa yang baik mahupun yang tidak baik dengan menggunakan bahasa serta ayat yang paling lembut tetapi maksud yang ingin disampaikan itu meresap ke dalam jiwa pembaca. Selain itu, terdapat juga bait-bait syair yang terkandung dalam novel tersebut dan ianya jelas menunjukkan nilai kesusasteraan. Syair yang dimasukkan bertajuk Mental Kerikil menjadi Batu dan Air dan ianya bertujuan untuk menceritakan tentang mental masyarakat masa kini yang tidak boleh melihat orang sekeliling dalam keadaan senang (iri hati). Namun begitu, melalui novel ini ianya dijelaskan dengan gaya bahasa dan penyampaian yang kritis tetapi masih boleh difahami oleh pembaca.




Akhir sekali, diskusi buku ini berakhir dengan sesi soal jawab diantara hadirin yang hadir dan penulis-penulis novel. Setiap novel yang ditulis mempunyai nilai kesusateraan tersendiri yang mampu menarik minat pembaca untuk membaca karya tersebut. Tambahan pula, masyarakat masa kini gemarkan kelainan dalam pembacaan mereka. Jadi, hasil karya penulis ini amat sesuai untuk semua lapisan pembaca terutamanya pelajar



3 comments:

...

Sajak Usman Awang "Bunga Poppy"

Sajak tradisional E - SAJAK  Bunga Popi karya Usman Awang (1955) Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, rangka manusia ke...