Wednesday, December 6, 2017

Sajak Usman Awang "Bunga Poppy"

Sajak tradisional
E - SAJAK 
Bunga Popi karya Usman Awang (1955)


Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.



Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian, hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.



Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat
 perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.


Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Monday, December 4, 2017

SANTAI MALAM

Anda stress dengan kehidupan seharian? sibuk dengan tugasan masing-masing? Ayuh! Mari bersantai dengan teka-teki daripada kami! Semoga terhibur! 


  

Saturday, December 2, 2017

RINDUKU KE SYURGA



Tenangkan hatiku,

Pendamkanlah rindu!


Cerpen Rinduku Ke Syurga merupakan salah satu kompilasi cerpen yang pernah dikeluarkan dalam Berita Harian pada 28 Mei 2010 oleh penulis Md Nizar Parman. Cerita ini berkisahkan tentang seorang kanak-kanak yang mengalami perubahan dalam hidupnya selepas kematian bapanya. Cerpen ini memberi pengajaran bahawa setiap kehidupan dan kematian merupakan takdir yang mesti dilalui oleh semua manusia. Kita juga jangan mudah mempercayai orang yang baru dikenali kerana pada permulaan perkenalan semuanya indah khabar daripada rupa.

Cerpen Rinduku Ke Syurga berkisahkan penderitaan atau penderaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak terhadap perbuatan sikap bapa tirinya selepas kematian bapa kandungnya. Ayah tiri kepada kanak-kanak tersebut sering melakukan penderaan fizikal seperti menumbuk perut anak kecil itu dan melibas tali pinggang ke arah badan anak kecil itu. Namun, setelah anak kecil itu mengadu kepada ibunya berkaitan dengan kelakuan ayah tiri terhadap dirinya ibunya sukar untuk mempercayai kata-kata anak kecil itu. Sikap ibunya yang lebih mempercayai ayah tirinya itu telah membuatkan anak kecil itu mengalami gangguan mental atau emosi sehingga sering berasa takut ketika berada di rumahnya. Melalui penderaan yang dialami, anak kecil itu selalu bermimpi berkaitan dengan ayah kandungnya yang mengajaknya ikut ke tempat yang lebih aman dan damai iaitu, syurga. 

Melalui cerpen ini, dapat dilihat penderitaan kanak-kanak kecil ini terhadap keputusan yang dibuat oleh ibunya untuk berkahwin dengan lelaki yang baru sahaja dikenali. Watak kanak-kanak itu merupakan watak utama dalam cerpen ini. anak kecil tersebut merupakan anak kepada sebuah pasangan keluarga bahagia dan bertukar menjadi satu penderitaan hidup selepas bapa kandungnya meninggal dunia. Selain itu, persoalan yang diajukan oleh anak kecil itu kepada ibunya berkaitan dengan kenangan bersama bapanya itu membuatkan ibunya sedikit tersentak apabila ibunya bercadang untuk berkawin dengan lelaki lain. Persoalan anak kecil itu  yang sering bermain di mindanya ialah “ibu sudah lupa pada abah?”
Kebahagiaan dalam diri juga penting untuk hidup. Cerpen ini memberikan galakan kepada pembaca untuk jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali dalam menentukan kehidupan yang akan datang. Watak utama iaitu, anak kecik itu memilih untuk tidak ingkar terhadap keputusan ibunya untuk berkahwin dengan lelaki lain sebagai pengganti bapa kandungnya. Walau bagaimanapun, dia masih mempunyai keinginan untuk berada di samping bapa kandungnya yang sentiasa melayan kerenahnya dan berlembut dengan dirinya. Tugas sebagai ibu kepada anak kecilnya adalah kebahagiaan dalam hidup anaknya itu. Namun, penderitaan dan penderaan yang dialami oleh anak kecilnya itu.

Melalui tajuk cerpen ini sudah dapat menginsafkan pembaca. Moraliti cerpen ini agar pembaca perlulah mengambil kira kebahagiaan anak-anak dalam membuat sesuatu keputusan yang besar. Ini kerana kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan kebahagiaan dalam hal rumah tangga. Namun, berlaku sebaliknya dan tidak seperti apa yang diharapkan oleh ibunya untu memberikan kebahagiaan dan perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu. Anak kecil itu pada akhirnya  tidak mempunyai banyak masa untuk meneruskan hidup kerana kecederaan fizikal yang dialami adalah sangat teruk.

Selain itu, dimuatkan dengan perbuatan-perbuatan kejam yang dilakukan oleh bapa tirinya terhadap anak kecil itu dari segi penderaan fizikal yang sangat menyedihkan. Hal ini demikian kerana ayah tirinya itu merupakan seorang penagih dadah yang telah mengawal dirinya menjadi seorang yang tidak berhati perut dengan malakukan penderaan hanya untuk duit. Disamping itu, dengan kebodohan ibunya itu juga telah memberikan penderitaan terhadap kanak-kanak itu. Hal ini kerana ibunya lebih mempercayai suami barunya itu berbanding anak kecilnya itu yang belum mengetahui erti menipu pada usia semuda itu.

Cerpen Rinduku Ke Syurga dapat memberi kesedaran bahawa sesuatu perkara itu perlulah mengambil kira kebahagian orang lain dan membuat keputusan dengan baik. Individu perlu mempunyai pengetahuan dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai sejarah kehidupan yang berbaza maka, kita perlulah bijak meranjang perjalanan hidup kita dan keluarga terutama sekali apabila mengalami dugaan dan ujian hidup yang kuat.


SUMBER: BERITA HARIAN (28/5/2010)

TAJUK CERPEN: RINDUKU KE SYURGA

PENULIS: MD NIZAR PARMAN

Monday, November 27, 2017

PINJAM MASAMU, KAK




Cerpen Pinjam Masamu, Kak merupakan salah satu kompilasi cerpen dalam novel fixi bertajuk Cerpen karya Nadia Khan. Cerita ini berkisahkan sekitar lokasi Wad 2A atau lebih dikenali sebagai wad kanak-kanak. Cerpen ini memberi pengajaran agar melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan diri sendiri serta mengejar cita – cita yang dingini, bukan mengikut kehendak orang sekeliling.

Cerpen Pinjam Masamu, Kak berkisahkan persahabatan antara doktor pelatih dengan pesakit leukimia di wad 2A yang bernama Julia. Bidang perubatan merupakan bukan bidang kesukaan doktor itu tetapi terpaksa disebabkan oleh galakkan keluarga. Doktor itu bercita-cita ingin menjadi guru tadika sejak dibangku sekolah lagi kerana sangat sukakan budak-budak. Namun, tugas di wad 2A iaitu, wad kanak-kanak dapat mengubati impiannya itu. Sikap Julia yang sering menenangkan hati doktor pelatih itu apabila sering dimarahi oleh pegawai atasan membuatkan hubungan mereka semakin erat. Melalui persahabatan mereka, Julia dapat menyedarkan doktor pelatih itu sejauh mana kerelaan untuk melakukan sesuatu perkara yang bukan pilihan hati.

Melalui cerpen ini, dapat dilihat umur bukan penentu kematangan individu. Watak Julia yang merupakan penghidap penyakit leukimia mempunyai kematangan dengan hanya memerhati ragam orang di sekelilingnya. Selain itu, persoalan yang diajukan Julia kepada doktor pelatih itu membuka minda doktor itu untuk memilih pekerjaan yang diimpikannya dari bangku sekolah lagi. Persoalan Julia yang sering bermain di minda doktor tersebut ialah “kenapa tak boleh buat sekarang?” “pinjamkan masa akak sikit pada Ju, boleh?”.

Keyakinan dalam diri juga penting untuk hidup. Cerpen ini memberikan galakan kepada pembaca untuk percaya dengan diri sendiri dalam melakukan perkara yang disukai. Watak utama iaitu, doktor pelatih memilih bidang perubatan kerana masyarakat meletakkan bidang perubatan untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun, dia masih mempunyai keinginan untuk menjadi guru tadika kerana terlalu sukakan kanak-kanak. Tugas sebagai doktor di wad kanak – kanak dapat mengubati impiannya walaupun kadang – kadang jiwanya terseksa melihat kanak – kanak di dalam kesakitan.

Melalui tajuk cerpen ini sudah dapat menginsafkan pembaca. Moraliti cerpen ini agar pembaca menggunakan masa yang berharga dengan membuat perkara yang diminati dan dapat menggembirakan diri sendiri. Ini kerana masa itu adalah emas tetapi ada segelintir individu tidak memanfaatkan masa yang ada dengan menangguh sesuatu perkara. Namun, Julia yang menghidap penyakit leukimia sangat iri hati dengan rakan karibnya iaitu, doktor pelatih kerana mempunyai masa yang banyak untuk membuat perkara yang disukainya. Julia tidak mempunyai banyak masa untuk meneruskan hidup kerana organ-organnya sudah tidak berfungsi.

Selain itu, dimuatkan dengan istilah – istilah dalam bidang sains dan perubatan. Istilah-istilah sains yang digunakan adalah suntikan instramuscular, nebulizer, dan Henoch-Schonlein purpura. Suntikan instramuscular ialah suntikan yang diberikan terus ke bahagian otot supaya salur darah di bahagian itu dapat menghantar ubatan yang diberikan ke jantung untuk diedarkan ke seluruh sistem badan. Suntikan ini diberikan di bahagian lengan, paha ataupun punggung. Kebiasaanya suntikan sebegini menjadi pilihan kerana tisu otot boleh menampung jumlah cecair yang lebih tinggi tanpa mewujudkan ketidakselesaan. Disamping itu, nebulizer merupakan alat yang menukarkan ubat berbentuk cecair kepada bentuk gas dan disalurkan melalui alat bantuan pernafasan seperti topeng pernafasan. Nebulizer sering digunakan untuk penghidap penyakit lelah atau asthma. Seterusnya, Henoch-Schonlein purpura ialah penyakit yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 3 dan 10 tahun. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh serangan antibodi terhadap sel badan sendiri dan mengakibatkan salur darah mudah tercedera. Antara kesan-kesan penyakit ini ialah lebam, terutamanya di bahagian kaki dan punggung, sakit perut, lenguh sendi dan juga kencing berdarah. Walaupun penyakit ini sering berulang, penyakit ini akan pulih dengan sendiri dan jarang menyebabkan sebarang komplikasi. Dengan istilah dan penyakit yang dimuatkan dalam cerpen ini, pembaca dapat menambah pengetahuan tentang ilmu perubatan.

Cerpen Pinjam Masamu, Kak dapat memberi kesedaran bahawa sesuatu perkara sukar untuk dilakukan jika tiada perasaan berminat. Individu perlu mempunyai keyakinan diri dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza, lakukan sesuatu yang boleh mengembirakan hati sendiri bukannya untuk orang lain.

SUMBER : NOVEL FIXI
TAJUK CERPEN: PINJAM MASAMU, KAK

PENULIS: NADIA KHAN

Monday, November 20, 2017

LAGU RAKYAT : LAGU 3 KUPANG "STOP MOTION"



Mari mengimbau zaman kanak-kanak anda melalui video stop motion kami. Semoga terhibur!


 

Wednesday, November 15, 2017

E-Pantun "Pantun Nasihat"

Di sini kumpulan kami menyediakan sebuah video E-pantun yang bertajuk Pantun Nasihat. Harap kalian faham pantun yang kami akan sampaikan. 😃😏



  

Thursday, October 12, 2017

Siri Diskusi Buku 2017


Pada 12 Oktober 2017, salah satu aktiviti sastera telah berlangsung di bilik mensyuarat Akademi Pengajian Melayu. Aktiviti sastera tersebut ialah Diskusi Buku yang di sampaikan oleh 2 orang penulis iaitu Pak Sumarlam yang bertajuk Revolusi Mental dalam Budaya Jawa dan Encik Fauzi bin Hasan yang bertajuk Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ?: Dari Perspektif Struktural. Majlis diskusi ini telah dipengerusikan oleh Prof Mokhtar dari Universiti Melaya serta dihadiri sebahagian pensyarah dan pelajar dari Akademi Pengajian Melayu. Diskusi Buku ini telah berlangsung sekitar satu jam setengah. 


Melalui temubual bersama Encik Fauzi bin Hasan, beliau memberitahu bahawa novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ? karya Faizal Tehrani berkisarkan tentang  Perkembangan kesusasteraan iaitu bagaimana perasaan pengarang terhadap pembangunan di Sarawak, kehidupan penduduk peribumi yang terancam (kemiskinan yang dialami oleh masyarakat peribumi). Encik Fauzi turut menekankan bahawa novel ini ditulis bagi memperjuangkan protes pembangunan terhadap masyarakat Penan. Malah, latar novel ini diceritakan dengan jelas dan teliti jadi ianya memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ? Beliau juga turut menegaskan bahawa tema, persoalan, gaya penulisan dan kulit novel tersebut mempengaruhi minat pembaca untuk membeli serta membaca hasil karya penulis. Oleh itu, penulis perlu teliti dalam melalukan penulisan serta pemilihan faktor luaran buku bagi tujuan komersial.

Namun begitu, melalui novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ? penulis hanya melalukan penyelidikan dari jauh berkaitan permasalahan kaum peribumi. Penulis menulis novel ini sewaktu beliau berada di China dan segala permasalahan yang berlaku di Sarawak dan kaum Penan diketahui melalui hasil penyelidikan dan berita-berita yang diperolehi daripada sumber-sumber tertentu. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran pembaca adakah apa yang diceritakan dalam novel tersebut benar-benar berlaku ataupun sekadar ilusi penulis.



Pak Sumarlam turut menceritakan serba sedikit berkaitan novel beliau yang bertajuk Revolusi Mental dalam Budaya Jawa. Novel ini berkaitan revolusi yang berlaku dalam masyarakat Jawa di Indonesia sesuai dengan peredaran masa. Tambahan pula, novel ini menggunakan nilai sastera yang tinggi dalam mengidentifikasikan mental orang Jawa yang baik mahupun yang tidak baik dengan menggunakan bahasa serta ayat yang paling lembut tetapi maksud yang ingin disampaikan itu meresap ke dalam jiwa pembaca. Selain itu, terdapat juga bait-bait syair yang terkandung dalam novel tersebut dan ianya jelas menunjukkan nilai kesusasteraan. Syair yang dimasukkan bertajuk Mental Kerikil menjadi Batu dan Air dan ianya bertujuan untuk menceritakan tentang mental masyarakat masa kini yang tidak boleh melihat orang sekeliling dalam keadaan senang (iri hati). Namun begitu, melalui novel ini ianya dijelaskan dengan gaya bahasa dan penyampaian yang kritis tetapi masih boleh difahami oleh pembaca.




Akhir sekali, diskusi buku ini berakhir dengan sesi soal jawab diantara hadirin yang hadir dan penulis-penulis novel. Setiap novel yang ditulis mempunyai nilai kesusateraan tersendiri yang mampu menarik minat pembaca untuk membaca karya tersebut. Tambahan pula, masyarakat masa kini gemarkan kelainan dalam pembacaan mereka. Jadi, hasil karya penulis ini amat sesuai untuk semua lapisan pembaca terutamanya pelajar



...

Sajak Usman Awang "Bunga Poppy"

Sajak tradisional E - SAJAK  Bunga Popi karya Usman Awang (1955) Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, rangka manusia ke...